#Bismillah…
#Kecurian barang mungkin sudah biasa sangat di zaman sekarang.
Dulu-dulu- Semasa di asrama selalu juga terkena. Hilang selipar sebaik
solat berjemaah di surau, hilang kain baju di ampaian and hilang
barang-barang peribadi di dorm dianggap asam garam biasa di asrama.
#Semasa saya menyewa di Kuala Lumpur pun, saya pernah mengalaminya dan
paling saya terkilan- Dompet yang dicuri (ya, dicuri oleh penghuni dalam
rumah tu sendiri) mengandungi hampir separuh gaji saya yang dikeluarkan
untuk membayar hutang, kad-kad bank, kad pengenalan dan yang paling
saya tak halalkan adalah rantai leher saya pemberian emak yang putus
menunggu dibawa ke kedai emas.
#Sampai sekarang pun, kalau saya teringat rantai emas tu, saya akan
berasa sangat bersalah dengan emak dan terdetik-detik nama dan wajah
orang yang mengambil tu. Allahu.
Bukan tak redha…Tapi perbuatan tu sangat bodoh dan orang yang tak tahu dosa pahala je yang sampai hati buat macamtu.
#Saya yakin dia sekarang sedang menanggung azab menyimpan barang curi
sebab saya tidak lagi tinggal di situ dan dia pun dah tak boleh cari
saya lagi.
#Wang dan kad-kad tu tidak lagi saya kenangkan. Jauh di sudut hati, moga
ada bantuan Allah untuk kembalikan semula rantai emas yang terukir nama
saya tu.
#Saya ada terbaca satu kaedah dan pendekatan doa bagi ikhtiar untuk mengembalikan barang yang dicuri.
[1] Sebelum membaca doa, bayangkan wajah orang yang mengambil barang
tersebut. (Bukan untuk menuduh,ya) Kalau tidak pasti atau tidak cam,
bayangkan sahaja wajah orang secara umum.
[2] Baca ayat dari surah Ar-Ra’d ayat 31 sebanyak 31 kali pada waktu
tengah malam sebelum tidur. Sebelumtu, maafkanlah semua orang termasuk
si pencuri tersebut dan niat kita hanyalah memohon agar barang tersebut
dikembalikan. Insya Allah, dengan izin Allah barang tersebut akan
kembali dipulangkan.
#doa
Nampak macam magic, ya. Tapi kuasa Allah, tiada siapa boleh
menafikannya. Kalau Allah ‘kata’ jadi, maka jadilah sesuatu atas
kehendaknya. Kita hanya berikhtiar. Lagipun Allah dah pesan doa orang
teraniaya mudah didengari dan ditunaikan. Paling pasti, kena yakin
dengan Allah.
Yang mencuri tu pun- Senipis-nipis iman dia, dia akan rasa tangkai hatinya ‘dicuit’ dosa. Doakanlah