Sahabat Yang berbahagia,
Bagi anda yang menginginkan supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia
membaca surah Yusuf Ayat 4 (sebaik baiknya selepas shalat)
Mari lah kita amalkan ayat pengasih surah Yusuf ayat 4
dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini.
Bagi anda yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah..
teruskan… Ayat ini ialah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami
isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (supaya anak hormat kepada kita
sebagai ibu bapak mereka), keluarga dan sahabat handai taulan.
“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu
Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”
Maksud
Surah Yusuf Ayat 4;
(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada
bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan
matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“
Sesudah membaca surah teruskan dengan membaca keratan
ayat dalam surah
style="font-family: "verdana" , "sans-serif"; font-size: 10.5pt; line-height: 115%;">Thaahaa
ayat 39.
“Wa-alqaytu ‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna’ ‘Alaa
‘Ainii”
Maksudnya surah Thaahaa ayat 39.:
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih
sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan
pengawasanKu”
Caranya:
Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.
Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.
Perlu diketahui :
Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Surah
Yusuf ayat 4 dibaca sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan teruskan
membaca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan
surah Yusuf tadi.
Gunakan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah
nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk istri yang ingin suaminya
menyayanginya lebih lagi.
Setiap kali bertemu atau bersua dengan
kekasih/isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang
baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca
dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar
dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat
sebanyak 3 kali.
Selamat mencoba dan semoga bermanfaat
Sumber
: ukhtiindonesia.com